Waktu Berbuka & Imsak Negeri Kelantan

Saturday 10 September 2011

Air Oh Air...Pasir Putehku,,,


Air...merupakan sesuatu yg penting dalam kehidupan seharian. Ketiadaan bekalan air..,benar-benar menyulitkan dan memberi kesukaran hidup dalam menjalankan sebarang aktiviti seharian..

     air sgt penting dlm kegunaan harian.
                                     

 Pentingnya air...Bukan setakat manusia memerlukan air, begitu juga dgn makhluk lain.
                                           
Masalah bekalan air yg sering kali terputus di kawasan Pasir Puteh benar2 memberi impak besar kepada pengguna yg melanggan bekalan air dengan  Syarikat Air Kelantan. Ternyata, ramai yg begitu kecewa dgn masalah ini memandangkan tiada sebarang tindakan segera dilakukan oleh pihak yg berkenaan dalam memastikan kelancaran  bekalan air disambungkan ke setiap premis yg berkenaan..walhal sudah berkali aduan telah dibuat oleh pelbagai pihak/individu. Selain dr gangguan bekalan air, aspek kualiti bekalan air juga turut dipertikaikan kerana air saluran yg dibekalkan didakwa berwarna keruh dan ini telah mendatangkan kebimbangan sekiranya utk diminum. Masalah yg timbul ini bukan sekadar memberi kesan terhadap pengguna2 individu di rumah, tp yg paling ketara  terasa beban ini adalah spt peniaga2 kecil didalam pasar pasir puteh krn mereka terpaksa memunggah jauh air dari satu tempat lain atau terpaksa membeli air mineral sbg stok simpanan untuk kegunaan menjalankan peniagaan harian. Oleh itu, amat wajarlah yg pihak berkenaan memastikan masalah ini dapat diatasi dengan segera agar tidak membebankan pengguna2 paip air berkenaan.


        Antara himpunan aman yg diadakan sebagai menunjukkan sedikit rasa kecewa atas masalah yg berlaku.


Apakah peranan pihak berwajib dalam mengatasi masalah rakyat ini?? Di manakah suara ''hero2'' rakyat berada di waktu rakyat sedang merintih memerlukan bantuan??Jalankanlah tanggungjawab anda itu..kerana amanah anda telah ''dipilih'' oleh rakyat sbg wakil untuk cuba menyelesaikan masalah rakyat....susah2 sgt PRU 13 nt kita 'tukar angin' pula, pilih wakil rakyat lain..tepuk dada tanya selera..

No comments:

Post a Comment