Waktu Berbuka & Imsak Negeri Kelantan

Wednesday 21 September 2011

Malaysia Kini Menipu Lagi!!!!




Portal MalaysiaKini cuba untuk menipu rakyat apabila melaporkan ratusan penyokong Mat Sabu berkumpuk di luar Mahkamah sejak jam 8 pagi...Hanya terdapat sekumpulan kecil penyokong sahaja penyokong PAS yang menunggu Mat Sabu..itupun sekitar 50 orang...

laskar : plawok!!plawok!!plawokk!!baso puok plawok brehi plawok jah khijoe..

Tuesday 20 September 2011

Luahan Hati Pengarah HMLBR Mamat Khalid Terhadap Layanan Yang Diterima Namewee!!!!



Sedari mula aku mula jadi pengarah filem hinggalah ke hari aku merasakan letihnya mengarah. Aku mahu filem dan drama Melayu tinggi martabat sumbangannya kepada bangsa dan negara. Soal bangsa Melayu adalah keramat besar kami kerana itu adalah akar yang mencengkam bumi menahan langit yang dijunjung.

Mamat Khalid pengarah filem tersohor...

Apabila isu perkauman dimainkan oleh beberapa pengarah muda yang mulia di mata sesetengah masyarakat menduga isu perkauman dengan hasil kerja mereka, aku gusar. Aku mula gusar dengan masyarakat itu sendiri. Mengapa seseorang yang terang-terangan menghina akar Melayu aku di bumi Melayu aku ini diangkat hero dan layak berjumpa pak menteri, minta diberi pertolongan di dalam karyanya yang kononnya menyokong intergrasi kaum.


Bangsa melayu sendiri melompat berdondong-dondong membayar tiket mengasak panggung menyokong filem yang "lebih elok dari filem biasa" itu. Aku ingat lagi akan hari Malaysia dikejutkan dengan video "Negarakukunya" yang menghina kedaulatan negara dan bangsa aku. Dan kini diangkat jadi hero? Kini layak berjumpa Datuk Seri Perdana Menteri. Adakah aku tidak cukup bangsat untuk mendapat tempat setaraf si polan? Mahukah Perdana Menteri berjumpa aku jika aku menyanyikan "gua mau jumpa lu" berulangkali di Youtube.


Bongkaknya entry aku kali ini, adalah mencerminkan bongkaknya hati aku yang tidak cukup bangsat untuk menjadi pengarah yang memperdayakan masyarakat aku dengan pembikinan filem yang dapat menyucikan segala dosa terhadap bangsa dan negara aku.

terkejut Mamat bila Namewee nak jumpa PM
pakai Youtube jer...

Apa la Mat! Itu pun mau sensitif ka. Biarlah! Masing-masing pun mau hidup maa. Dan aku mahu anak cucu aku terus hidup dengan megah bangsa bermaruah.
 
sumber : kulaanniring.blogspot.com

Tuesday 13 September 2011

Nik Aziz Contohilah Pemimpin-Pemimpin Yang Telah Berundur...



  BERUNDUR LA PULOK POKCIK..WI KO MUKO BARU RETEK

Ada yang kata Nik Aziz hendak bawa status Menteri Besar hingga ke lubang kubur, kerana dikatakan enggan berundur daripada jawatan Menteri Besar Kelantan yang disandang selama 21 tahun. 

Dulu Nik Aziz pernah desak Tun Mahathir berundur tapi kini seorang penulis blog bernama Wan Ji pula memintanya berundur dan memberi peluang kepada orang lain.

Penulis blog itu mencadangkan supaya Nik Aziz hanya fokus kepada memberi ceramah, dan urusan tadbir negeri biarlah diambil oleh pemimpin-pemimpin PAS yang lain. Tapi Nik Aziz nampaknya enggan berundur dan ingin kekal sebagai Menteri Besar Kelantan.

Nik Aziz patut malu dengan pemimpin-pemimpin yang sezaman dengannya telah berundur dan memberi peluang kepada muka-muka baru. Kita lihat beberapa pemimpin terdahulu yang berundur tapi terus menabur bakti demi kepentingan perjuangan parti.

Dato Onn Jaafar berundur sebagai pengasas UMNO dan jawatan Yang di-Pertua UMNO serta keluar UMNO kerana ingin meneruskan perjuangan politik untuk rakyat berbilang bangsa. Tapi sehingga ke hari ini Dato Onn Jaafar tetap dikenang sebagai seorang pemimpin yang disegani oleh generasi UMNO hari ini.

Haji Ahmad Fuad berundur dari parti UMNO kerana mahu meneruskan perjuangan Islam melalui PAS.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu 'Bapa Kemerdekaan' berundur kerana menghormati permintaan ramai dan beliau merasakan perlu untuk memberi jalan kepada pemimpin lain.

Dato Harun Idris sedia dipecat dari jawatan Menteri Besar yang disandangnya melalui undi tidak percaya DUN kerana mahukan proses pengunduran mengikut prosedur. Melalui tindakan ini beliau telah menyelesaikan antara tuntutan pemuda dan arahan Presiden.

Tun Hussein Onn berundur dari jawatan Perdana Menteri kerana sedar masalah kesihatannya tidak mengizinkan beliau untuk menjalankan tugas dengan baik. 

Tun Musa Hitam berundur dari jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana percanggahan pendapat dengan Perdana Menteri dan tuntutannya tidak dipenuhi. 

Tengku Razaleigh Hamzah berundur dari jawatan Menteri setelah kalah dalam pertandingan menentang Perdana Menteri atas perbezaan prinsip.

Tun Dr. Mahathir berundur dari tampuk pemerintahan yang dikuasainya selama 22 tahun kerana merasakan beliau telah lama menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri. Lalu peluang diberikan kepada Timbalannya pada waktu itu iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur kerana merasakan beliau perlu bertanggungjawab di atas prestasi buruk BN dalam PRU-12 yang mana telah menyebabkan BN gagal mempertahankan majoriti 2/3.

Tidak malukah Nik Aziz bila melihat lepas seorang-seorang pemimpin berundur, ada yang berundur atas dasar prinsip, ada yang berundur atas dasar memikul tanggungjawab, ada yang berundur atas dasar desakan ramai dan ada yang berundur kerana merasakan dirinya telah lama memegang tampuk pemerintahan.

Lagi pun telah terbukti selama 21 tahun memegang jawatan MB, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh rakyat Kelantan sepanjang berada di bawah pemerintahannya. Yang ada hanyalah tokong-tokong Buddha yang gah melebihi ketinggian kubah-kubah masjid.
 
sumber : double-y blog

Dari Negara Islam Kepada Negara Berkebajikan Dan Akhirnya Jadi Negara Komunis



Sewaktu permulaan gerakan bersenjata oleh pengganas Cina di awal darurat, kalimah yang sering didengari dikalangan nasionalis Melayu dan tercatat di dalam buku-buku berhubung dengan dekad tersebut ialah, “jika pengganas Cina mengambil alih Tanah Melayu, ke mana orang Melayu hendak pergi? Sebaliknya jika pengganas Cina ditumpaskan, orang Cina yang tidak suka tinggal di Tanah Melayu boleh pilih untuk kembali ke Negara Cina dan orang India juga boleh kembali ke India”.
Apabila keamanan di Tanah Melayu semakin meruncing, hampir kesemua pertubuhan-pertubuhan nasionalis Melayu berhaluan kiri di haramkan, antaranya termasuklah Angkatan Wanita Sedar dan Angkatan Pemuda Insaf yang ada diantara pimpinan dan pengikutnya memilih untuk menyertai gerakan militan bagi menentang pentadbiran di Tanah Melayu ketika itu dan Malaysia selepas itu.

Timbalan Presiden PAS lena di riba Sosialisme?
Di Pahang, sebuah rejimen gerila Melayu yang diberi nama Rejimen Ke 10 Parti Komunis Malaya di tubuhkan. Ia dianggotai oleh nama-nama besar tempatan dan nasional dalam politik Melayu. Songkok merupakan sebahagian daripada uniform rejimen tersebut. Tetapi kerana PKM berpendapat songkok tidak sesuai untuk perjuangan mereka, maka ia diketepikan.
Catatan daripada naskah diari yang dirampas dari seorang bekas anggota polis yang menyertai gerakan gerila tersebut menceritakan bagaimana bukan sahaja songkok yang terpaksa diketepikan, perjuangan gerila di dalam hutan belantara dengan seribu satu kesempitan menyebabkan pelbagai nilai-nilai lain juga diabaikan dan termasuklah terpaksa memakan daging babi bagi mengisi perut.
Di dalam bukunya bertajuk “The Communist Party of Malaya – The Inside Story”  oleh Aloysius Chin, saya menemui dokumentasi paling lengkap berhubung penubuhan Rejimen Ke 10 berbanding dengan tulisan-tulisan yang ditulis oleh sejarahwan mahupun anggota rejimen itu sendiri.
Pada bulan Mei 1949, sebuah pertemuan sulit telah diadakan di hutan berdekatan Kerdau, Pahang yang di sertai oleh Che Det Abdullah (Abdullah CD), Wahi Annuar, Musa Ahmad dan Chin Peng. Di dalam pertemuan ini Chin Peng memaklumkan  bahawa Parti Komunis Malaya telah menubuhkan  beberapa rejimen yang terdiri daripada hanya kaum Cina dan Chin Peng menyatakan hasrat untuk menubuhkan sebuah rejimen yang hanya dianggotai oleh orang Melayu. Rejimen tersebut akan diketuai oleh Abdullah CD sebagai komander dan Wahi Annuar sebagai Timbalan Komander. Musa Ahmad pula sebagai Pegawai Politik. Chin Peng bersetuju dengan cadangan menamakan rejimen itu sebagai Rejimen Ke 10 bersempena dengan tarikh 10 Zulhijjah dalam kalender Islam yang merupakan hari sambutan Aidil Adha sebagai simbol pengorbanan dan dedikasi muslimin terhadap perjuangannya.
Pemimpin PKM berketurunan Melayu mengusulkan cadangan-cadangan berikut,
(i)             Songkok dijadikan sebahagian daripada uniform mereka.
(ii)            Rejimen Ke 10 di beri kuasa mutlak dalam menghubungi unit-unit gerila Melayu yang beroperasi di negeri-negeri lain.
(iii)           Propaganda PKM terhadap kaum Melayu hanya boleh dilakukan oleh Rejimen Ke 10 sahaja.
Chin Peng bagaimanapun menolak secara mutlak cadangan-cadangan berikut kerana alasan khuatir akan menggugat perpaduan kaum dalam PKM.
Pada 21 May 1949, satu temasya diadakan di Kem Kerdau, Pahang di mana Chong Chin Nam @ Haji Hashim mengumumkan penubuhan Rejimen ke 10. Dalam tempoh 3 bulan, 500 ahli Tentera Tani (peasants Army) yang kesemuanya Melayu diserapkan ke dalam rejimen tersebut.
Organisasi Rejimen Ke 10 adalah seperti berikut,
(i)             Abdullah CD – Komander dan Komiser Politik.
(ii)            Wahi Annuar – Timbalan Komander.
(iii)           Musa Ahmad – Pegawai Politik Rejimen.
(iv)          Ahmad @ Che Gu Salleh – Komander Pengkalan.
(v)           Abu Samah – Pegawai Politik Pengkalan.
(vi)          Mat Jelita – Komander Platoon Pertama.
(vii)         Mohd Amin – Timbalan Komander Platoon Pertama.
(viii)        Ibrahim – Pegawai Politik Platoon Ke Pertama.
(ix)          Manaf Jepun – Komander Platoon Ke Dua.
(x)           Abdul Latif – Komander Platoon Ke Tiga.
(xi)          Johan (China) – Pegawai Politik Platoon Ke Dua.
(xii)         Asmara – Komander Platoon Ke Tiga.
(xiii)        Rokas – Timbalan Komander Platoon Ke Tiga.
(xiv)       Ibrahim Mohamed – Pegawai Politik Platoon Ke Tiga.
(xv)        Idris Majid – Komander Platoon Ke Empat.
(xvi)       Ahmad Razali – Timbalan Komander Platoon Ke Empat.
(xvii)      Dahaman – Pegawai Politik Platoon Ke Empat.
(xviii)     Hassan – Komander Platoon Ke Lima.
(xix)       Udin – Timbalan Komander Platoon Ke Lima.
(xx)        Sulaiman Johar – Pegawai Politik Platoon Ke Lima.
(xxi)       Zainab Mahmud – Ketua Seksyen Wanita.
Di penghujung 1949, Abdullah CD, Musa Ahmad dan Wahi Annuar telah bertemu Chin Peng di atas arahan Chin Peng di mana mereka dimaklumkan  PKM merancang untuk mara ke utara iaitu ke ‘Liberated Area’. Mereka di arahkan supaya membesarkan jumlah gerila di dalam rejimen tersebut. Bagaimanapun, mereka tidak pernah tiba ke Liberated Area yang dimaksudkan iaitu Gua Musang di mana PKM pernah menawan selama satu hari dan dikuasai oleh pimpinan Cina dalam PKM. Sebaliknya 1951, Rejimen Ke 10 mula menerima arahan untuk berundur ke Betong, di Sempadan Thailand yang merupakan sebahagian daripada rangka pengunduran PKM ke Selatan Thailand.
Pada awal 1954, Rejimen Ke 10 menubuhkan pengkalan mereka di Kampung Hala, dalam Wilayah Betong di Thailand.
Saya pernah bertemu sendiri dengan Aloysius Chin dan menebual beliau pada tahun 2001. Ketika itu Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia mengalami penyakit Parkinson. Namun begitu beliau dapat menjelaskan secara terperinci kepada saya beberapa maklumat yang terpaksa dikeluarkan daripada buku tersebut atas sebab-sebab tertentu.
Aloysius Chin menggariskan beberapa sebab utama kegagalan Rejimen Ke 10,
(i)             Ketiadaan sokongan massa orang keturunan Melayu terhadap fahaman komunisme.
(ii)            Diskriminasi oleh kaum Cina dalam PKM terhadap Rejimen Ke 10 termasuklah di dalam isu pembelian bekalan senjata api dan makanan.
(iii)           Halangan anggota Rejimen 10 dari bergerak bebas ke kem-kem gerila komunis PKM berketurunan cina sedangkan arahan membenarkan gerila-gerila cina masuk ke mana-mana kem Rejimen Ke 10.
Ini mengingatkan saya kepada perhubungan di antara DAP dan PAS di dalam agenda politik Malaysia hari ini. Kesamaan wujud di dalam cara PAS di layan di dalam Pakatan Rakyat, samalah seperti Rejimen Ke 10 di layan di dalam Parti Komunis Malaya.
Apabila Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berceramah pada 21 Ogos 2011 di Tasik Gelugor dia sebenarnya tidak menyangka ia akan menimbulkan kontroversi yang sebegini hebat. Mungkin bagi Mat Sabu, ceramahnya pada malam itu samalah seperti ratusan ceramahnya sebelum ini, naik ke pentas, beri secukup hiburan kepada hadirin dengan diselitkan cacian dan maki hamun yang menggembirakan penonton dan selepas itu, ambil duit derma bahagiannya dan balik.
Tetapi dia mungkin masih belum biasa dengan statusnya sebagai Timbalan Presiden PAS. Maka habis seluruh jentera PAS terpaksa di kerah untuk ‘damage control’ dan ‘spin’ bagi menyelamatkan parti tersebut.
Tidak pelik ada yang mengagungkan perjuangan komunisme. Bahkan ramai anak muda hari ini menyanjung tinggi tokoh seperti Allahyarham Rashid Maidin yang menjadi lagenda yang diselubungi pelbagai kisah mistikal.
Tetapi kebanyakan mereka tidak pernah merasa hidup di zaman darurat dan zaman insurgensi.
Sewaktu insurgensi pula, dakyah komunis bergerak dari surau ke surau di Kelantan. Menyedari aktiviti militan itu cuba dianjurkan menerusi pergerakan Islam, maka pihak perisikan tentera dan cawangan khas Polis DiRaja Malaysia juga mengadakan infiltrasinya ke dalam gerakan itu dengan berselindung disebalik identiti ustaz dan imam.
Sewaktu insurgensi juga beberapa butir bom yang dihantar ke Pejabat Ketua Polis Negara dan Bukit Aman di kenalpasti diposkan dari Negeri Kelantan.
Dengan cuba mengangkat wira kelabu Melayu dan komunis, Mat Sabu mengambil langkah populis di kalangan orang-orang muda hari ini bagaimanapun, ia juga membawa partinya meniti di atas gentian yang amat halus. Segenap media alternatif yang bersekongkol dengan parti PAS terpaksa menulis isu ini bagi menyelamatkan parti tersebut hari terhumban ke lembah yang bisa mencederakan.
Terdapat ramai pejuang Melayu pre Merdeka mengangkat senjata menentang Penasihat Inggeris di Negeri-Negeri Tanah Melayu. Walaupun ada kalanya pada ketika itu mereka dianggap juga sebagai pengkhianat kepada Raja Melayu dan perlu dihapuskan, tetapi mutlaknya kita menerima mereka sebagai pejuang bangsa.
Pejuang bangsa walaupun dalam keadaan menentang penjajah, tidak akan sekali-kali membunuh, mencedera atau menyiksakan anak bangsa mereka sendiri. Apakah pejuang yang membunuh anak bangsa sendiri dan bersetongkol dengan fahaman yang menolak Islam itu adalah pejuang bangsa?
Kita mengiktiraf kesemua nasionalis Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau, Iban, Dayak dan lain-lain tetapi apabila mereka memilih untuk mengangkat senjata menentang penjajah dan membunuh siapa sahaja termasuk anak bangsa mereka sendiri, sumbangan mereka selepas itu tidak lagi boleh diiktiraf sebagai untuk bangsa mereka. Apalagi jika mereka meneruskan penentangan mereka bila negara sudah merdeka.
Di dalam keghairahan PAS dan Mat Sabu memperbaiki imej mereka yang tercalar, mereka harus sedar, kaum paling trauma akibat jenayah gerila komunis bukanlah kaum Melayu tetapi kaum Cina yang undi mereka sedang digilai PAS.
Anak-anak muda berketurunan Cina hari ini samalah seperti anak-anak Melayu tidak mewarisi trauma tersebut. Tetapi kaum Cinalah yang paling ramai dibunuh dan diseksa oleh gerila komunis. Kaum Cinalah yang paling terseksa dan tersepit akibat kebangkitan gerakan bersenjata Parti Komunis Malaya. Generasi tersebut masih ada hari ini dan masih mampu membuang undi.
Akhir sekali, saya selitkan jumlah pecahan anggota Parti Komunis Malaya yang meletakan senjata selepas perjanjian Hadyai pada 2 Disember 1989 di Lee Gardens Hotel ialah,
(A) Mengikut kerakyatan
(i)             Thai 670 orang
(ii)            Malaysia 494 orang
(iii)           Singapura 21 orang
(iv)          Jepun 2 orang
(v)           Indonesia 1 orang
(B) Mengikut keturunan
(i)             Melayu Thai 479 orang
(ii)            Cina Thai 184 orang
(iii)           Siam 7 orang
(iv)          Cina Malaysia 402 orang
(v)           Melayu Malaysia 77 orang
(vi)          Singapura (Tak dimaklum keturunan) 21 orang
(vii)         Jepun 2 orang
(viii)        Indonesia (tak dimaklum keturunan) 1 orang
(ix)          Orang asli 13 orang
(x)           India Malaysia 2 orang
(xi)          Tak diketahui 3 orang
Di dalam bukunya, Major General Kitty Ratanajaya, dari  pihak Thailand yang terlibat didalam rundingan itu mencatatkan, diantara tuntutan yang dibuat oleh Parti Komunis Malaya sewaktu rundingan perjanjian tersebut ialah,
(i)             Parti Komunis Malaya dan ahlinya di angkat sebagai Pejuang Kemerdekaan.
(ii)            Tugu Negara sekarang dimusnahkan di patung anggota PKM diletak seiring dengan Angkatan Tentera Malaysia sebagai peringatan perjuangan mereka.
(iii)           PKM dibenarkan bergerak aktif termasuk terlibat di dalam politik Malaysia sama ada menyertai parti politik sedia ada, bergabung dengan parti politik sedia ada atau menyertai sebagai individu.
(iv)          Anggota PKM tidak dikenakan sekatan bertanding di dalam pilihanraya umum di Malaysia pada bila-bila masa.
(v)           Pampasan kewangan yang lumayan dan tanah diberikan sebagai menghargai perjuangan mereka memerdekakan Malaysia.
(vi)          Jaminan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lain-lain akta tidak digunakan untuk menahan ahli PKM bagi proses ‘turning over’ sebelum mereka diserapkan kembali ke dalam masyarakat.
(vii)         Fahaman komunisme di terima dan sah didalam Negara Malaysia.
Sama-samalah kita berfikir dan menghayati apa yang telah berlaku kebelakangan ini. Semoga negara kita sentiasa dibawah lindunganNya. Janganlah hendaknya kita dibajiri politik murahan sebegini lagi.


sumber : kickdefella blog

Saturday 10 September 2011

Air Oh Air...Pasir Putehku,,,


Air...merupakan sesuatu yg penting dalam kehidupan seharian. Ketiadaan bekalan air..,benar-benar menyulitkan dan memberi kesukaran hidup dalam menjalankan sebarang aktiviti seharian..

     air sgt penting dlm kegunaan harian.
                                     

 Pentingnya air...Bukan setakat manusia memerlukan air, begitu juga dgn makhluk lain.
                                           
Masalah bekalan air yg sering kali terputus di kawasan Pasir Puteh benar2 memberi impak besar kepada pengguna yg melanggan bekalan air dengan  Syarikat Air Kelantan. Ternyata, ramai yg begitu kecewa dgn masalah ini memandangkan tiada sebarang tindakan segera dilakukan oleh pihak yg berkenaan dalam memastikan kelancaran  bekalan air disambungkan ke setiap premis yg berkenaan..walhal sudah berkali aduan telah dibuat oleh pelbagai pihak/individu. Selain dr gangguan bekalan air, aspek kualiti bekalan air juga turut dipertikaikan kerana air saluran yg dibekalkan didakwa berwarna keruh dan ini telah mendatangkan kebimbangan sekiranya utk diminum. Masalah yg timbul ini bukan sekadar memberi kesan terhadap pengguna2 individu di rumah, tp yg paling ketara  terasa beban ini adalah spt peniaga2 kecil didalam pasar pasir puteh krn mereka terpaksa memunggah jauh air dari satu tempat lain atau terpaksa membeli air mineral sbg stok simpanan untuk kegunaan menjalankan peniagaan harian. Oleh itu, amat wajarlah yg pihak berkenaan memastikan masalah ini dapat diatasi dengan segera agar tidak membebankan pengguna2 paip air berkenaan.


        Antara himpunan aman yg diadakan sebagai menunjukkan sedikit rasa kecewa atas masalah yg berlaku.


Apakah peranan pihak berwajib dalam mengatasi masalah rakyat ini?? Di manakah suara ''hero2'' rakyat berada di waktu rakyat sedang merintih memerlukan bantuan??Jalankanlah tanggungjawab anda itu..kerana amanah anda telah ''dipilih'' oleh rakyat sbg wakil untuk cuba menyelesaikan masalah rakyat....susah2 sgt PRU 13 nt kita 'tukar angin' pula, pilih wakil rakyat lain..tepuk dada tanya selera..

KES VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM !!! INI JAWAPAN KETUA POLIS NEGARA !!!




Ketua Polis Negara,Tan Sri Ismail Omar berkata siasatan berkenaan laporan palsu yang dibuat oleh Anwar Ibrahim yang menafikan pelaku dalam video seks itu adalah dirinya akan dilakukan selepas perbicaraan kes liwatnya selesai.

“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan,” katanya kepada media di Bukit Aman,Kuala Lumpur.

Pada 22 Mac 2011,Anwar membuat laporan polis di Balai Polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur berkenaan dengan penayangan video lucah di Carcosa Sri Negara pada 21 Mac dan dalam sidang medianya, beliau menafikan pelaku seks bersama pelacur dalam video itu adalah dirinya sendiri.Sementara itu,Datuk Seri Shafie Abdullah, peguam yang mewakili Tan Sri Abdul Rahim Tambi Chik berkata pelaku itu adalah Anwar Ibrahim berdasarkan laporan analisis oleh dua pakar pengiktirafan muka dari Amerika Syarikat yang menunjukkan 99.99 peratus persamaan antara pelaku dalam video itu dan foto asal Anwar.

Analisis pakar itu dibuat oleh profesor Hany Farid dan Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover,New Hampshire,Amerika Syarikat,4 Jun lalu.Menurutnya,dua pakar terbabit turut mengesahkan rakaman video itu adalah tulen, tanpa sebarang tampering dan superimpose serta berasal dari satu alat perakam video yang dirampas oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah.Hujah Datuk Shafie itu diperkuatkan lagi dengan bukti rakaman litar tertutup,CCTV,dari pangsapuri berkenaan yang menunjukkan kehadiran Anwar bersama Datuk Shazryl Eskay di lobi pangsapuri sama pada hari kejadian seks itu,21 Februari lalu.

sumber dr badut rakyat .blogspot.

Thursday 8 September 2011

HARON DIN AKUI MAT SABU MUNAFIQ.. HILANG PEDOMAN!!


Nampaknya tindakan Mat Sabu terlalu beriya2 mempertahankan salah seorang Pemimpin Komunis Mat Indera turut mendapat reaksi Negatif dari beberapa Pemimpin PAS. Ramai di kalangan Penyokong2 kuat Haron DIN bertindak keluar parti tidak kurang juga penyokong2 setia Ustaz Azizan di Kedah. Mat Sabu yang juga cuba mempertikai sejarah Kemerdekaan Negara didakwa mereka sebagai 1 langkah mengelirukan dan boleh mendatangkan ketidakstabilan Negara. Ramai penyokong2 Ulama' PAS tidak menafikan ada beberapa pembongkaran Mat Sabu dilihat releven namun penyampaian dan tindakan penyebaran maklumat dan penerangan adalah salah dan perlu merujuk kepada Majlis Syura Ulama' PAS. Mereka juga mendakwa Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr. Haron Din turut melahirkan rasa kebimbangan dan berang dengan pendekatan Mat Sabu yang terlalu agresif menidakkan panduan Sejarah Negara sedia ada. Dakwah yang cuba disampaikan Mat Sabu terlalu drastik dan keras sehingga menyebabkan ramai di kalangan Penyokong PAS di Kedah dan Perlis bertindak keluar Parti. Haron Din sebelum ini dikatakan akan keluar dari PAS setelah marah dengan tindakan perlaksanaan Mat Sabu yang mampu menjatuhkan imej PAS.

kredit to gelombang rakyat blog

Wednesday 7 September 2011

Adik Mat Indera Mahu Sejarah Negara Ditukarkan!!!!!!




Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat, petang tadi membawa adik Mat Indera, Johan Shah ke sidang akhbar untuk "cover line" kenyataan Mat Sabu bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan. Malaysiakini yang kini dikenali sebagai Meloyakini, amat bencikan Malaysia sehinggakan mengangkat komunis sebagai pejuang, membuat laporan di sini.
Sebelum kita semua menerima kenyataan adik komunis ini kita selidik dan buat rujukan sedikit. 
Mari kita baca buku Memoir Abdullah CD (Bahagian Kedua) - Penaja Dan Pemimpin Rejimen Ke-10. Siapa Abdullah CD ni. Abdullah CD adalah orang kanan Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng dan seangkatan dengan Shamsiah Fakeh. Apa Abdullah CD kata?
Muka surat 112 - 120, Abdullah CD ada menulis siapa Mat Indera. Menurut beliau, Mat Indera adalah Ketua Rejimen Komunis Melayu Johor.
Bukan UMNO kata. Tapi komunis sendiri yang mengaku. Buku ini tahun 2007 terbitan syarikat pro pembangkang SIRD.
Sudah terang lagi bersuluh.Mat sabu oo mat sapu..!!!
PAS kantoi sudah! Sumber CUCU TOK SELAMPIT

Wajib Baca! Ini Ke Cara PAS Berjihad?


PAS memang lawak gile.

Bila misi Kelab Putera 1Malaysia (NGO tetapi dipimpin oleh pemimpin UMNO) buat misi bantuan di tempat yang bergolak, macam-macam tuduhan yang dilemparkan kepada ketua misi, Datuk Azeez.
Laskar cuba sedaya upaya mencari maklumat mengenai misi kemanusiaan yang PAS pernah buat (jika ada). Akhirnya Laskar terjumpa dengan maklumat ini.






Misi Kemanusiaan Ke Gaza

Pada 26 Julai saya telah bertolak ke Mesir bersama sahabat dari Muslim Care dan Cakna Palestin. Destinasi akhir adalah Gaza. Surat kelulusan dari kerajaan Mesir telah diperolehi lebih awal, termasuk dari pihak “Special Branch” Mesir. Kami pergi membawa wang tunai sebanyak USD 215,000 yang merupakan kutipan dari rakyat Malaysia semenjak Israel menyerang Gaza hampir dua tahun lalu.

Pada 28 Julai kami memasuki Gaza. Duit diserahkan secara berperingkat mengikut kategori perbelanjaan serta mereka begitu bangga dan berterima kasih di atas sumbangan ini. 29 Julai kami turun bertemu Menteri Kebajikan. Terdapat banyak juga program bersama rakyat miskin diadakan.

Pada keesokan harinya, Perdana Menteri (sah) Palestin, Ismail Haniyya menjemput kami semua ke rumahnya pada sebelah malam. Beliau telah meluangkan masa untuk duduk berbincang pelbagai isu selama hampir 1 jam.

Pada 31 Julai kami dijemput pula ke Parlimen Palestine dan diberikan cenderahati peta Palestin sebagai kenangan.
http://www.khalidsamad.com/2011/08/misi-kemanusiaan-ke-gaza.html


Ini ke cara PAS berjihad di bumi Palestin?kritik org je lebih sedangkan mereka sendiri macam PONDAN. Setakat datang situ, jumpa pemimpin lepas tu ambil gambar, buat kat Malaysia pun boleh. Tak payah pakai jaket kalis peluru pun tak pe. Entah sampai ke rakyat Palestin pun belum tentu lagi. Jadi macam arwah Yasser Arafat. Semua sumbangan dunia Islam bagi melalui arwah. Masuk akaun peribadi. Bila beliau meninggal, bini dia tuntut semua harta. Meloponglah rakyat Palestin jawabnya.

Patutlah PAS dengki dengan usaha yang dibuat oleh Kelab Putera 1Malaysia. Sebab mereka gagal berjihad cara Datuk Azeez. Ajak naik kapal Flotilla pun Khalid Samad takut. Takut mati syahid. Guna pelbagai alasan. Pastu masuk Palestin guna jalan selamat. Bukannya bagi bantuan direct kepada rakyat Palestin tapi hanya bagi duit kat pemimpin Palestin. Buat misi macam ni 100 kali pun tak syahid! Takut mati awal, nanti hilang pulak jawatan sebagai ahli Parlimen.

Sebagai penutup, Laskar buat perbandingan antara perjuangan PAS dan UMNO. Korang pikirlah sendiri siapa yang lebih bersungguh-sungguh untuk membantu dan berani berjuang!





sumber dipetik : mymassa.blogspot.

Tuesday 6 September 2011

Mustafa Tolong Angkat Bendera Putih Buat Mat Sabu



Akhirnya PAS angkat bendera putih. Namun berita ini tidak dilaporkan dalam Harakahdaily. Mustafa berkata terdapat dua kaedah perjuangan menuntut kemerdekaan iaitu secara konfrontasi menolak British dan cara 'peaceful cooperation' (kerjasama damai) yang dilakukan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar.

"Kita nak sebut perjuangan (kemerdekaan) tak bermula dengan penubuhan Umno. Pas juga menolak ideologi dan menolak perjuangan komunis. Perjuangan sudah mula lama sejak Datuk Maharajalela di Perak, Datuk Bahaman (Pahang), Dol Said (Melaka dan Negeri Sembilan), Tok Janggut (Kelantan), dan banyak lagi lain, menentang penjajahan Inggeris," katanya.

Namun Mat Sabu masih lagi belum memohon maaf secara terbuka kepada waris keluarga Bukit Kepong. Jika Mat Sabu masih lagi menggelar Mat Indera sebagai hero maka wajarlah Mat Sabu disaman oleh waris-waris perwira Bukit Kepong. Cara untuk ajar orang yang mudah lupa adalah dengan saman. Ada seorang lagi ahli parlimen PAS yang masih tidak faham bahasa. Sanggup langgar perintah Sultan Selangor kerana memberi ceramah agama tanpa permit dalam rumah ibadat. Ahli parlimen tersebut juga masih lagi berdegil menyalahkan JAIS dalam serbuan di DUMC.