
"Kita nak sebut perjuangan (kemerdekaan) tak bermula dengan penubuhan Umno. Pas juga menolak ideologi dan menolak perjuangan komunis. Perjuangan sudah mula lama sejak Datuk Maharajalela di Perak, Datuk Bahaman (Pahang), Dol Said (Melaka dan Negeri Sembilan), Tok Janggut (Kelantan), dan banyak lagi lain, menentang penjajahan Inggeris," katanya.
Namun Mat Sabu masih lagi belum memohon maaf secara terbuka kepada waris keluarga Bukit Kepong. Jika Mat Sabu masih lagi menggelar Mat Indera sebagai hero maka wajarlah Mat Sabu disaman oleh waris-waris perwira Bukit Kepong. Cara untuk ajar orang yang mudah lupa adalah dengan saman. Ada seorang lagi ahli parlimen PAS yang masih tidak faham bahasa. Sanggup langgar perintah Sultan Selangor kerana memberi ceramah agama tanpa permit dalam rumah ibadat. Ahli parlimen tersebut juga masih lagi berdegil menyalahkan JAIS dalam serbuan di DUMC.
No comments:
Post a Comment