Waktu Berbuka & Imsak Negeri Kelantan

Wednesday 24 August 2011

Menteri KDN Terima Dua Butir Peluru Hidup


Dimaklumkan pagi tadi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menerima 2 butir peluru hidup beserta dengan sepucuk surat amaran. Tapi cerita ini tidak dimaklumkan awal-awal tadi kerana saya fikirkan ianya tidak akan disampaikan kepada umum.

Tapi selepas berbuka tadi, terima sms yang menyatakan bahawa pemberita sudah mendapatkan maklum balas Kementerian Dalam Negeri berhubung isu ini dan pihak KDN telah mengesahkan kejadian ini. Surat amaran itu menyatakan bahawa Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri telah mengacau periuk nasi pihak mereka.

Buat masa ini tiada sebarang konklusi yang sahih dapat dinyatakan dari pihak mana surat itu dikirimkan. Namun cakap-cakap mulut kakitangan di dalam Kementerian tersebut menyatakan bahawa surat itu dikirimkan secara terus dan bukan melalui pos biasa.

Selebihnya terserah kepada bijaksana pasukan PDRM untuk menyiasat pihak mana yang bertindak melakukan ugutan tersebut.

No comments:

Post a Comment