Waktu Berbuka & Imsak Negeri Kelantan

Tuesday, 16 August 2011

Hampeh! Projek Pertama Parti Yang Kononnya Memperjuangkan Negara Berkebajikan Ialah Bina Jalanraya Bertol.





Kerajaan Kelantan baru-baru ini mengumumkan akan membina jalan sepanjang 63 kilometer yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai menerusi penswastaan.

Pelaksanaan projek yang dianggarkan bernilai RM1.4 bilion tersebut dengan bangganya diumumkan oleh Husam Musa. Namun Husam tidak pula menyatakan berapa jumlah tol yang akan dikenakan kepada pengguna lebuhraya itu nanti.

Selama ini bukan main lagi puak PAS mengutuk dan memaki hamun kalau kerajaan pusat atau negeri yang diterajui UMNO membina jalanraya bertol. UMNO mereka tuduh zalim, membebankan dan tidak menjaga kebajikan rakyat.

Kononnya merekalah yang paling prihatin dan merekalah yang paling memahami beban rakyat. Kononnya hanya mereka yang paling tahu dan paling arif dalam hal menjaga kebajikan rakyat. Tapi sebenarnya hampeh!. Kalau betul-betul menjaga kebajikan rakyat...cubalah buat jalanraya yang tak memerlukan rakyat membayar tol.

Sekarang baru puak PAS sedar, kerajaan yang mereka terajui sendiri pun tak dapat mengelak daripada melaksanakan perkara yang sama.

Tapi biasalah, nanti PAS akan bagi 1001 alasan yang lunak-lunak mengapa rakyat perlu membayar tol kalau mahu menggunakan jalanraya yang mereka bina.

Paling-paling koman pun Nik Aziz akan cakap menggunakan jalanraya yang dibina oleh PAS akan memudahkan pengguna-pengguna untuk masuk kedalam syurga kerana mereka akan dikurniakan pahala yang besar setiap kali membayar tol.

Itulah PAS, cakapnya tak pernah serupa bikin. Kata memperjuangkan negara berkebajikan, tapi belum apa-apa di Kelantan, rakyatnya sudah dihadiahkan dengan jalanraya bertol.
 

Dipetik : umbhululangat.blogspot.com

No comments:

Post a Comment