Waktu Berbuka & Imsak Negeri Kelantan

Tuesday, 9 August 2011

Pelajar Malaysia Mangsa Rusuhan di London



 
Seorang pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli cedera diserang dan disamun sekumpulan belia lelaki yang terbabit dalam rusuhan di sini petang kelmarin.
Ketika kejadian, Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan MARA di Kolej Kaplan sedang menunggang basikal dengan rakannya untuk berbuka puasa di rumah rakan mereka. Beliau yang patah gigi dan bengkak pipinya dihantar ke Hospital Royal London untuk dibedah. Kejadian berkenaan dirakam oleh orang awam dan video klip rakaman itu kemudian disiarkan oleh siaran berita Sky TV.
Rakaman di atas menunjukkan Asyraf terduduk selepas diserang dengan mulutnya berdarah. Tidak lama selepas itu, sekumpulan pemuda datang membantunya sambil beberapa daripada mereka membuka beg yang dibawanya dan mencuri dompet serta telefon bimbitnya. Seorang pemuda kemudian dilihat meninggalkan tempat kejadian menunggang basikalnya. Kita mendoakan keselamatan buat pelajar-pelajar dan sahabat di London. Kalau merusuh inilah akibatnya, itu pun ada orang suka lagi hendak buat rusuhan di negara ini. Bersih apa kalau jadi macam ini.

1 comment:

  1. bila polis buat road block sebagai langkah berjaga-jaga time Bersih hari tu, semua orang nak marah-marah polis, cakap kerajaan penakut la.., tapi diorang taktau kalau rusuhan tak terkawal, macam ni la jadinya. sekadar pendapat ;)

    ReplyDelete