Waktu Berbuka & Imsak Negeri Kelantan

Saturday 13 August 2011

REKOD KERAJAAN KELANTAN BURUK.


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin hari ini meluahkan keraguannya berkenaan janji kerajaan Kelantan untuk membina lebuh raya bertol menghubungkan Kota Bharu-Kuala Krai. Ini kerana kata beliau, rekod janji kerajaan negeri pimpinan Pas itu terlalu buruk sepanjang 20 tahun mentadbir Kelantan.
"Banyak janji yang dibuat tidak ditunaikan termasuk berjanji untuk membina jambatan menyeberangi Sungai Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan zakat kepada penduduk miskin Beris Kubur Besar, di sini.
Awang Adek mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa yang mengumumkan Kelantan akan membina lebuh raya bertol empat lorong menghubungkan Kota Bharu-Kuala Krai.
Husam dilapor berkata, kerajaan negeri memutuskan membina sendiri lebuh raya sepanjang 63 kilometer bernilai RM1.9 bilion itu selepas permohonan mereka di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan tidak mendapat perhatian kerajaan Pusat. 
kredit utk bloggers laksamana jebat

No comments:

Post a Comment